SOALAN LAZIM

Soalan: Apakah program melancong sambil berinfaq?
Jawapan: Ia adalah satu program yang dicipta dari gabungan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli networking seluruh Malaysia dan bergabung di bawah satu bumbung dan memperkenalkan satu sistem berterapkan sistem infaq yang mengutamakan sumbangan pendapatan untuk membantu sesama ahli dan masyarakat sekeliling dan melancong ketempat-tempat menarik seluruh dunia dengan berkonsepkan infaq berjemaah yang mana operasinya dijalankan oleh pengurusan Infaq.biz secara online sepenuhnya.


Soalan: Bila dan kenapa Program Infaq ini diwujudkan?
Jawapan: Dilancarkan pada 1 hb Oktober 2013 bertujuan untuk membantu semua orang untuk menyelesaikan masalah utama iaitu KEWANGAN dan membantu rakan-rakan yang telah kecewa dan gagal dalam beberapa perniagaan samada perniagaan konvensional atau networking sebelum ini; dan juga memberi peluang kepada ramai orang yang berimpian untuk melancong dan mengerjakan umrah dan ziarah mencapai hasrat mereka. Semua leaders dan ahli networking telah percaya bahawa dengan sistem ini, "kejayaan yang dibina selama ini umpama membina istana pasir", InsyaAllah tidak akan berulang lagi.


Soalan: Apakah keistimewaan dan keunikan program ini?
Jawapan: MUDAH, PANTAS DAN CEPAT. Pertama kali dilancarkan di Malaysia sistem Infaq berjemaah auto placement satu level sahaja (1x5) tiada upline tiada downline. Dengan hanya beri infaq serendah RM50.00 anda boleh MELANCONG ketempat-tempat menarik seluruh dunia dan menunaikan UMRAH serta ZIARAH dan juga menggunakan sumbangan yang diterima sebagai modal untuk menjalankan apa-apa jenis perniagaan dan menjadikan penerimaan sumbangan infaq ini sebagai pendapatan harian, mingguan dan bulanan. Dapat menjalinkan ukhwah silaturahim sesama ahli serta memupuk dan meningkatkan kesedaran ahli serta masyarakat mengenai kelebihan, keutamaan dan fadhilat amalan infaq.


Soalan: Berapakah nilai serta jumlah perlu diinfaq?
Jawapan: Boleh mula berinfaq pada sekadar kemampuan semua pihak iaitu sebanyak RM50.00 sahaja untuk satu(1) unit.


Soalan: Ada berapa pakej untuk diinfaq?
Jawapan: Ada enam (6) pakej seperti berikut:-

PAKEJ
A
B
C
D
E
F
G
SUMBANGAN
RM 50
RM 100
RM 200
RM 400
RM 800
RM 1,000
RM 2,000


Soalan: Bolehkah menginfaq terus dengan pakej yang lebih besar?
Jawapan: Boleh, tetapi tidak digalakkan, adalah lebih baik bermula dengan pakej yang kecil kemudian boleh ke pakej yang lebih besar bermula dari tingkat demi tingkat iaitu mula pakej A kemudian B, seterusnya C,D,E,F dan G. Bermakna anda hanya perlu bermodalkan sekali sahaja tetapi boleh di ulangi ke pakej yang lebih besar dengan hanya menggunakan lebihan sumbangan yang diterima. Walau bagaimanapun anda boleh mendaftar dan menginfaq awal jika ingin membeli semua unit pakej tersebut atau pakej yang bersesuaian dengan kemampuan anda.


Soalan: Bagaimana sistem ini dijalankan?
Jawapan: Sistem ini beroperasi secara automatik sepenuhnya. Sistem matrix 1x5, 1 level sahaja auto placement. Apabila ada 5 unit sahaja mana-mana nilai pakej infaq di kumpulan anda, anda akan menerima sumbangan tunai dan sebahagiannya akan diinfaqkan semula kepada ahli lain dan anda akan mendapat satu lagi unit baru akaun infaq (re-entry). Anda akan menerima sumbangan ini secara berterusan mengikut giliran (first come first served). Dengan sistem ini membolehkan setiap hari ramai ahli akan layak menerima sumbangan infaq dan mendapat pulangan sumbangan wang tunai yang tinggi dan tanpa had. Sila rujuk pembahagian infaq dalam PLAN maklumat.


Soalan: Bagaimana pembayaran infaq dibuat kepada ahli?
Jawapan: Minima ahli boleh membuat pengeluaran ialah RM50. Mana-mana ahli yang membuat pengeluaran (withdraw) pembahagian infaq akan segera diproses dan pembayaran akan dibuat setiap hari dan dimasukkan terus ke akaun bank ahli. Permohonan pengeluaran akan diproses dalam tempoh 24 jam.


Soalan: Bagaimana jika ahli tidak membuat withdraw dan ingin mengumpulkan jumlah sumbangan yang diterimanya?
Jawapan: Ahli boleh mengumpulkan sumbangan infaq yang diterimanya samada untuk menginfaq ke pakej yang lebih besar atau pun mengeluarkan semua bila diperlukan.


Soalan: Bagaimana untuk mendaftar dalam program ini?
Jawapan: Untuk buat pendaftaran sila klik DAFTAR dan isikan maklumat anda dengan lengkap. Pastikan anda mengisi nombor handphone anda kerana sistem pemberitahuan SMS kami dengan secara automatik akan menghantar butiran pendaftaran, pemberian infaq, penerimaan infaq dan lain-lain maklumat berkenaan program ini.


Soalan: Berapa unit dihadkan untuk seorang ahli?
Jawapan: Tiada had


Soalan: Berapakah had umur untuk menyertai program ini?
Jawapan: Tiada had


Soalan: Perlukah saya mencari downline atau tajaan?
Jawapan: TIDAK! anda tidak perlu mempunyai downline atau tajaan untuk melayakkan anda menerima infaq. Sistem pemberian infaq adalah mengikut giliran atas dasar first come first served.


Soalan: Apakah kelebihan jika saya membuat penajaan?
Jawapan: Anda akan dapat bonus rangkaian dan bonus tajaan (borang). Sila rujuk pembahagian infaq dalam PLAN maklumat.


Soalan: Apakah boleh saya ambil pakej kecil (pakej A) tapi menaja ahli pakej besar (Pakej G)?
Jawapan: Boleh dan bonus anda mengikut pakej tajaan anda. Sila rujuk pembahagian infaq dalam PLAN maklumat.


Soalan: Bagaimana saya menaja atau mempromosikan program ini?
Jawapan: Setelah anda mendaftar, anda akan mempunyai username_anda, setelah anda menginfaq, anda boleh mempromosikan program ini dengan menggunakan URL seperti berikut:
http://infaq.biz/username_anda


Soalan: Bagaimana ahli yang ingin melancong atau menunaikan umrah dan ziarah?
Jawapan: Ahli hendaklah memaklumkan kepada pengurusan infaq.biz dan pihak pengurusan akan menguruskan semua urusan dan tarikh pakej pelancongan akan dimaklumkan dari masa kesemasa dan pakej akan dibuat secara berkumpulan khusus untuk ahli-ahli infaq.biz. Ahli dinasihatkan menginfaq tiga (3) unit bermula dengan pakej A jika ingin melancong bersama pasangan dan ada lebihan wang saku sebagai persediaan. Sila rujuk pembahagian infaq untuk pakej pelancongan dalam PLAN maklumat.


Soalan: Bolehkah warganegara asing menyertai program ini?
Jawapan: Keahlian diterima dari mereka yang tinggal di Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand sahaja.


Soalan: Adakah pengurusan infaq membuat sumbangan infaq kepada badan-badan kebajikan?
Jawapan: Pengurusan infaq.biz telah menyediakan satu tabung kebajikan dimana setiap transaksi, RM1 akan dimasukkan kedalam tabung tersebut bertujuan memberi sumbangan kepada rumah anak-anak yatim, pusat-pusat tahfiz, rumah-rumah kebajikan serta individu yang memerlukan dan ahli-ahli juga boleh menginfaq semula daripada lebihan sumbangan yang diterima untuk mendaftar unit baru bertujuan membantu dan mempercepatkan ahli lain menerima sumbangan pula.